• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara Pejabat Tanah Kluang dan Askar Timbalan Setia

Tarikh : 27 Jan 2023
Tempat : Padang Bola Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Pada 27 Jan 23, Pejabat Tanah Kluang telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara Pejabat Tanah Kluang dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ( JMF) bertempat di Padang Bola Kem Sultan Ibrahim,Johor Bahru.

Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan telah mewakili Pejabat Tanah Kluang dalam perlawanan persahabatan tersebut. Program dimulakan dengan aktiviti regangan. Selepas selesai aktiviti regangan, perlawanan dimulakan pada jam 8.45 malam.
Pejabat Tanah Kluang telah mendahului jaringan gol sebanyak 6-3 di akhir perlawanan. Penyampaian Plak dan cenderahati telah di sempurnakan oleh Penolong Pentadbir Tanah (Pelupusan) Encik Mohd Razi bin Aziz kepada Naib Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Mejar Ahmad Hamdan bin Libar sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir Penolong Pentadbir Tanah ( Pendaftaran) Encik Mohd Rusydi Zainal Abidin dan Penolong Pentadbir Tanah ( Kuatkuasa) Encik Mohd Ukashah Mohd Robaie. Acara diakhiri dengan jamuan ringan bertempat di Dewan Tunku Laksamana, Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Ubah bahasa »
Skip to content