Pra Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pejabat Tanah Segamat
Tarikh : 03-04 Ogos 2018
Tempat : Pejabat Tanah Segamat
Pejabat Tanah Segamat telah menerima kunjungan Auditor Sistem Sistem Penarafan Bintang(SSR) 2018 pada 03-04 Ogos 2018. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.
Objektif SSR :
1) Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;
2) Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan
3) Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.
Kakitangan Pejabat Tanah Segamat sangat mengalu-alukan kedatangan Auditor untuk menilai dan mengukur prestasi agensi kami. Semoga usaha yang dibuat dapat memberi hasil yang baik disamping menambah baik dan mengekalkan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada orang awam.