Program ‘EXECUTIVE TALK’
PROGRAM ‘EXECUTIVE TALK’ BERKAITAN DASAR KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR SERTA UNIT KAWALAN EKSPORT BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI) DAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB)
15 Februari 2023, Rabu – Program ‘Executive Talk’ Berkaitan Dasar Keselamatan Perlindungan Di Pejabat Tanah dan Galian Johor Serta Unit Kawalan Eksport Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor. Program ini dihadiri oleh semua warga kerja bahagian Pelupusan, Penguatkuasaan dan Teknikal yang di ketuai Puan Puteri binti AB. Rahaman (Ketua Penolong Pengarah) dan Encik Mohamed Khairul Nizam bin Mohamed Zahuri daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) sebagai Fasilitator Program.
Antara pengisian dalam program ini adalah bagi mendapatkan penerangan sebenar mengenai Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan Ancaman Keselamatan Terhadap Jabatan Kerajaan yang memfokuskan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Unit Kawalan Eksport Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sempadan pintu keluar masuk Negara Malaysia (Negeri Johor).