• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Program Jom Kacau Bubur Lambuk

Tak lengkap rasanya Ramadan tanpa bubur lambuk. Kami di PTG Johor tidak terkecuali merasakan bahang Ramadan kali ini. Oleh itu, bagi memeriahkan lagi suasana Ramadan 1443H, Kelab Kebajikan & Rekreasi, Pejabat Tanah Johor bersama PUSPANITA Cawangan PTG Johor telah menganjurkan Program Jom Kacau Bubur Lambuk yang diadakan pada hari Khamis, 14 April 2022 bersamaan 12 Ramadan 1443H.

Turut serta memeriahkan program ini ialah YB Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah PTG Johor, YDH Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA Cawangan PTG Johor, Encik Mohd Masni bin Wakiman, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Hajah Zihan binti Ismail, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Ketua – ketua Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai, warga kerja PTG Johor dan wakil ahli PUSPANITA Cawangan PTG Johor.

Bubur lambuk tersebut diagihkan kepada pegawai dan kakitangan PTG Johor, orang awam yang sedang berurusan di PTG Johor pada ketika agihan dijalankan dan jabatan-jabatan yang berhampiran.

Semoga program ini dapat diteruskan saban tahun dan dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan pegawai dan kakitangan di PTG Johor.

Ubah bahasa »
Pentadbiran Tanah Johor