PROGRAM LAWATAN TARAWIKH PENTADBIR TANAH DAERAH SEGAMAT BERSAMA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DAERAH SEGAMAT TAHUN 2023M/1444H
02 APRIL 2023 I AHAD I MASJID KG. PANCHA JAYA , BEKOK
Program lawatan tarawikh Pentadbir Tanah Daerah Segamat kali ini berkunjung ke lokasi ketiga bagi tahun ini iaitu ke Masjid Kg. Pancha Jaya ,Mukim Bekok. Rombongan diketuai oleh Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari dengan diiringi oleh Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis, Encik Abdul Razak bin Ithnain, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis, Encik Herman bin Raban, Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Ketua-Ketua Jabatan dan Penghulu-Penghulu Mukim. Di akhir program, Pentadbir Tanah Daerah berkesempatan untuk menyerahkan bantuan kepada penduduk setempat. Semoga program ini dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim antara Pentadbiran Daerah dan Pentadbiran Mukim bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.