Program Pembukaan Kaunter Luar Bayaran Cukai Tanah di Balairaya Felda Pemanis 01
28 MAC 2023 I SELASA I BALAIRAYA FELDA PEMAINS 01
Pada 28 Mac 2023, telah berlangsung satu program pembukaan Kaunter Luar Bayaran Cukai Tanah di Balairaya Felda Pemanis 01, yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang. Program ini adalah inisiatif Pejabat Tanah Segamat bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat membuat bayaran cukai tanah tanpa perlu hadir ke Pejabat Tanah Segamat. Program ini telah berjalan selama beberapa tahun dan ianya mendapat maklumbalas yang sangat-sangat baik dan sambutan yang sangat menggalakkan.
Teruskan mengikuti halaman facebook Pejabat Tanah Segamat untuk mengetahui info-info terkini dan pengumuman-pengumuman serta info mengenai kaunter luar bayaran cukai tanah yang berikutnya. Harap maklum.