• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

PTG JOHOR MENGAGIHKAN 1,500 BEKAS BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1444H

πŸ” 𝐀𝐩𝐫𝐒π₯ πŸπŸŽπŸπŸ‘ (𝐊𝐑𝐚𝐦𝐒𝐬), 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 – Seramai 75 orang pegawai dan anggota Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor berganding bahu memasak bubur lambuk sempena Program Memasak Bubur Lambuk Ramadan 1444H PTG Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PTG Johor dan PUSPANITA PTG Johor.
Program ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk berkongsi rezeki dan mengimarahkan sambutan bulan Ramadan.
Gimik perasmian mengacau bubur lambuk telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor disaksikan oleh Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah Pembangunan merangkap Pengerusi KKR PTG Johor dan Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah Pendaftaran merangkap Timbalan Pengerusi KKR PTG Johor.
Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada penjawat awam dan orang awam yang berurusan di sekitar Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang.

Ubah bahasa Β»
Skip to content