PUSPANITA PTG JOHOR & BIRO SUKARELAWAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI JOHOR ANJUR CERAMAH KESELAMATAN WANITA
Kota Iskandar, 7 September 2023 – Seramai 70 orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Johor telah menjayakan Ceramah Keselamatan Wanita anjuran PUSPANITA PTG Johor dengan kerjasama Biro Sukarelawan PUSPANITA Cawangan PTG Johor bertempat di Dewan Serbaguna PTG Johor pada pagi ini.
Ceramah yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu keselamatan wanita tersebut telah disampaikan oleh Inspektor Noor Najwa binti Hassan dan Koperal Mohd Azmil bin Zabidi daripada Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri.
Majlis Penutup Rasmi Ceramah Keselamatan Wanita telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Binti Abdul Latiff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dihormati Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi Biro Sukarelawan PUSPANITA Cawangan Negeri Johor merangkap Pengerusi PUSPANITA Pejabat Tanah dan Galian Johor, Yang Berusaha Puan Norliyati binti Md Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Pejabat Tanah dan Galian Johor, Yang Berusaha Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran).