• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

RETREAT BAGI MEMBINCANGKAN HALA TUJU PENTADBIRAN TANAH JOHOR TAHUN 2023 DAN MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH JOHOR BIL. 3/2022

Pada 11 – 13 Disember, Kota Tinggi – telah berlangsung Retreat bagi membincangkan Hala Tuju Pentadbiran Tanah Johor Tahun 2023 bertempat di Desaru Coast Conference Centre, Kota Tinggi. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat, Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah & Galian Johor, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah di Negeri Johor.
Antara pengisian dalam Retreat tersebut adalah bagi membincangkan penambahbaikan dasar sedia ada bagi Tapping Right di Pentadbiran Tanah Johor – Pindaan Pekeliling PTG 1/2008, perbincangan bagi cadangan Pindaan Jadual 6, Kaedah-kaedah Tanah Johor 1966 dan perbincangan bagi semakan semula Kadar Bayaran Levi Kepentingan Asing.
Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Bil. 3 Tahun 2022 serta Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Tanah Johor Bil. 3 Tahun 2022 turut diadakan bersempena dengan Retreat tersebut bagi membincangkan isu-isu berkaitan tanah serta berkongsi idea antara Pentadbiran Tanah Johor.
Diharapkan hasil daripada perjumpaan tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kerjasama antara Pentadbiran Tanah Johor serta meningkatkan keupayaan dan produktiviti seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor.

Ubah bahasa »
Skip to content