• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Selamat Hari Pekerja

“Pekerja adalah aset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi ataupun syarikat amat bergantung kepada barisan pekerja yang dimiliki.

Sebagai seorang pekerja pula kita sepatutnya memberikan sumbangan yang terbaik kepada organisasi tempat kita bekerja. Sikap yang betul, kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan merupakan intipati yang penting dalam menjadi pekerja harapan organisasi.

Dalam kita berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 ini, seharusnya menjadikan kita bersedia untuk menghadapi budaya norma baharu dalam melaksanakan pekerjaan kita. Kita perlu membiasakan dengan norma baharu ini kerana ia adalah cabaran buat generasi ini.

Buat penjawat awam, teruslah memberi khidmat bakti yang terbaik untuk watan ini.

Selamat Hari Pekerja,
#PekerjaDanCabaranBudayaNormaBaharu

Ikhlas daripada
Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani
Setiausaha Kerajaan Johor

Ubah bahasa »
Skip to content