TAHNIAH DAN SYABAS!!!
Khamis 31 Ogos 2023 – Pejabat Tanah Dan Galian Johor mencipta sejarah apabila menjadi Johan Keseluruhan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Johor bertempat di Dataran Simpang Renggam, Kluang Johor. Pejabat Tanah Dan Galian Johor merupakan Juara Pertandingan Perarakan Kategori Jabatan Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun dan Tempat Ketiga Kategori Pakaian Terbaik.
Setinggi – tinggi Tahniah diucapkan kepada kontinjen atas segala penat lelah usaha yang dilakukan sepanjang hampir satu bulan berlatih dan membuat persiapan. Segala keringat pegawai dan kakitangan yang terlibat telah membuahkan hasil yang membanggakan. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Pejabat Tanah Dan Galian Johor…
Kejuaraan ini akan menjadi kenangan manis buat semua yang terlibat khasnya dan kakitangan keseluruhan amnya.