Tahniah Kontinjen PTG Johor
Tanggal 31 Ogos 2022 telah berlangsung Majlis Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun 2022 Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dataran Iskandar Puteri.
Majlis dimulakan dengan lintas hormat perbarisan yang disertai oleh 131 kontijen daripada pelbagai agensi, NGO, IPT, sekolah dan sebahagian komuniti masyarakat.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi. Turut hadir ke majlis, Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Haji Azmi bin Rohani, Ketua Polis Johor, YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Exco-exco Negeri Johor dan ketua-ketua jabatan serta agensi.
Pejabat Tanah dan Galian Johor turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena majlis ini. Dengan kekuatan seramai 33 orang beserta empat (4) orang simpanan diketuai oleh Encik Mohd Joehaerry bin Abd hamid.
Pejabat Tanah dan Galian Johor telah berjaya meraih Naib Juara dalam Kategori “Pakaian Tercantik” bersempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-65 Tahun 2022 Peringkat Negeri Johor.
TAHNIAH diucapkan kepada semua barisan Kontinjen Pejabat Tanah dan Galian Johor, Pihak Pengurusan Tertinggi, urusetia dan semua yang terlibat dalam persiapan dan persediaan perbarisan ini!!!!