YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MENYANTUNI WARGA KERJA DAN ORANG AWAM DI PTG JOHOR
KOTA ISKANDAR | 19 NOVEMBER 2023 | AHAD – Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor telah meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja dan orang awam yang membuat urusan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor. Kunjungan ini adalah bersempena dengan kehadiran beliau bagi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tanah Ladang Negeri Johor Bil.5/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTG Johor pada pagi ini.
Turut mengiringi Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor adalah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor serta para pegawai PTG Johor.