๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐จ’ ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐ค๐ข๐ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ฅ๐ข, ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ.
Seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Galian Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah PTG Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ).
Kehadiran beliau ke pejabat hari ini telah disambut penuh mesra dan penghargaan oleh seluruh warga kerja, sebagai tanda sokongan serta semangat kebersamaan dalam meneruskan kecemerlangan pentadbiran tanah Johor. Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan rasa bangga terhadap pencapaian beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada seluruh warga PTG Johor untuk terus berusaha mencapai kejayaan bersama.
Tahniah Yang Berhormat Datoโ, semoga terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan dalam memimpin warga pentadbiran tanah Johor.



