• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

BENGKEL PEMAHAMAN KRITERIA (SSR) BARU PENTADBIRAN TANAH JOHOR PUSINGAN KETIGA TAHUN 2023

21 MAC 2023, RABU – Bengkel pemahaman kriteria SSR telah diadakan bagi memberikan input dan pemahaman sebagai persediaan bagi Pejabat Tanah Daerah yang terlibat serta dalam Penarafan Bintang SSR Pusingan Ketiga. Terdapat komponen dan kriteria terkini yang ditambah dan kriteria yang telah dimansuhkan oleh JKPTG bagi pusingan kali ini.
Sehubungan dengan itu , Pejabat Tanah dan Galian Johor melalui bahagian Audit Pengurusan dan beberapa panel penilai SSR JKPTG negeri Johor telah memberikan pendedahan berkenaan komponen dan kriteria tersebut. Tujuan Penarafan Bintang SSR adalah sebagai inisiatif dalam usaha mewujudkan satu standard dalam Sistem Pentadbiran Tanah di semenanjung Malaysia. Penarafan Bintang SSR Pentadbiran Tanah (PT) pusingan ketiga tahun 2023 melibatkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Pejabat Tanah Daerah Kluang.
Pejabat Tanah Daerah Kluang merupakan satu-satunya pentadbiran tanah di negeri Johor yang telah berjaya mendapat penarafan lima (5) bintang pada SSR JKPTG pusingan kedua tahun 2018. Diharapkan pada pusingan ketiga SSR JKPTG tahun ini kesemua Pentadbiran Tanah Negeri Johor yang terlibat mendapat pengiktirafan 5 Bintang.

Ubah bahasa »
Skip to content