MAJLIS AMANAT PENTADBIR TANAH SEGAMAT, MAJLIS PENGANUGERAHAN PENSIJILAN ISO 9001:2015 & MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF, PEJABAT TANAH SEGAMAT.
20 MAC 2023 I ISNIN I DEWAN AMETHYST, HOTEL VIP SEGAMAT
Isnin Lalu, 20 Mac 2023 telah berlangsung Majlis Amanat Pantadbir Tanah Segamat, Majlis Penganugerahan Pensijilan ISO 9001:2015 & Majlis Pelancaran Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pejabat Tanah Segamat di Dewan Amethyst, Hotel VIP Segamat. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan Amanat dari Pentadbir Tanah Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari. Semua kakitangan Pejabat Tanah Segamat dan Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis kecuali yang terlibat dengan pengurusan kaunter telah menghadiri majlis amanat ini.
Majlis diteruskan dengan Majlis Jasamu Dikenang “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”. Majlis ini meraikan 2 pegawai pejabat tanah iaitu Encik Herman bin Raban, mantan Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis dan Puan Norazimah binti Maaksom, mantan Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan) yang telah berpindah ke jabatan lain bermula 15 Februari 2023. Di dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Pelancaran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Tanah Segamat yang disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Segamat, Yang Mulia Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat.
Di samping itu, di akhir majlis turut diselitkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Rakan Kerjasama Pentadbiran Tanah yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan yang memberikan kerjasama yang sangat baik dengan jabatan ini. Jabatan-jabatan ini terdiri daripada Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Penerangan Segamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Daerah Labis (MDL), SPRM, ASNB, Felda Holding Berhad, Penghulu Kanan , Ketua WHIP dan wakil dari Bahagian Kuatkuasa dan Teknikal Pejabat Tanah & Galian Johor. Penyampaian Sijil ini telah disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari.