KUNJUNGAN HORMAT YANG BERBAHAGIA DATUK MUHAMMAD AZMI BIN MOHD ZAIN, KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
15 Disember 2022, Kota Iskandar – Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan serta delegasi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Acara dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dan sesi bergambar sebelum delegasi JKPTG dijemput ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor. Beberapa perkara penting yang melibatkan JKPTG dan PTG Johor telah dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung selama 2 jam tersebut.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Yang Berbahagia Datuk Mohd Haniff bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Sektor Penyelarasan dan Operasi, Yang Dihormati GS. DR. Muhammad Yazrin bin Yasin, Pengarah Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP) JKPTG, Encik Mohd Masni bin Wakiman, Timbalan Pengarah Pembangunan PTG Johor, Puan Hajah Zihan binti Ismail, Timbalan Pengarah Pendaftaran PTG Johor, Pegawai-pegawai Kanan PTG Johor, Pentadbir Tanah Daerah Kulai, Pegawai BHTP JKPTG dan Pegawai JKPTG Johor.