Kursus Pemantapan Audit Dalaman MS ISO 9001 2015
Tarikh:16 & 17 Julai 2023
Tempat: JAKOA, Kluang
Alhamdulillah telah diadakan Kursus Pemantapan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015. Objektif utama ialah untuk menambah baik kemahiran para auditor semasa melaksanakan Audit Dalam di Pejabat Tanah Kluang.
Banyak penemuan dan pengetahuan baharu telah dikongsikan oleh Pengajar iaitu Encik Mohd Natrah. Beliau menekankan agar ISO disemat di dalam hati kerana dengan ISO banyak kebaikan akan datang kepada agensi khususnya penambahbaikan prosedur kerja, penambahbaikan pengurusan bajet, proses kalibrasi alatan secara berkala, perkhidmatan yang baik kepada pelanggan juga komunikasi cemerlang antara pihak pengurusan dan pekerja.
Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan Pejabat Tanah Kluang untuk kecemerlangan kerjaya. Kemahiran dan pengetahuan dalam membaca Buku Standard Sistem Pengurusan Kualiti pasti akan berguna sehingga ke akhir perkhidmatan inshaaAllah. Tahniah kepada para auditor yang terlibat,