MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH JOHOR BIL. 2 TAHUN 2023
13 Julai 2023 (Khamis), Muar – Mesyuarat Pentadbiran Tanah Johor Bil. 2 Tahun 2023 telah berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Muar dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Buat julung kalinya, mesyuarat ini diadakan di daerah dan Daerah Muar telah dipilih sebagai tuan rumah yang pertama. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pentadbir Tanah Daerah Muar, Encik Mohd Hisam bin Said serta seluruh warga kerja Pejabat Tanah Daerah Muar.
Pelbagai isu berkaitan pengurusan tanah di Negeri Johor telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam tersebut.
Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah di Negeri Johor serta para pegawai kanan PTG Johor.