MAJLIS KARNIVAL GUNUNG LEDANG DAN TANAH TANGKAK 2023
Pejabat Tanah Daerah Tangkak telah berjaya turut serta di Karnival Gunung Ledang & Tanah Tangkak 2023 bertempat dan Majlis Perasmian Karnival Gunung Ledang 2023 pada 9 Julai 2023.
Majlis perasmian telah diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall), Tangkak, Johor.
Majlis perasmian karnival tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan Dan Budaya Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.
Majlis turut dihadiri bersama YB Puan Hajah Khairin-Nisa Binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Serom; YB Dato’ Haji Ashari Bin Haji Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor; Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak; Haji Suhairi Bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor; YM Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman, Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak; Encik Taufik Bin Bahar, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor; Ketua-Ketua Jabatan, jemputan media dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur dan pameran dari wakil agensi-agensi kerajaan bersempena dengan Karnival Gunung Ledang ini termasuklah Kutipan Luar Cukai Tanah, Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Pusaka dari 8 Julai sehingga 10 Julai 2023.
Program Penyampaian Hakmilik Baru Tapak Rumah Kediaman Mukim Serom turut diadakan dalam Majlis Perasmian Karnival Gunung Ledang 2023.
Sesi Cabutan Bertuah telah diadakan dan sebanyak 3 buah hadiah telah dimenangi oleh para pemenang cabutan bertuah bagi pembayar tanah tahun 2023 di Daerah Tangkak.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
#komitedmenjunjungakauntabiliti
#syukurseronoksungguhsungguh
#PTDTawesome
#JOMBAYARCUKAI.