• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Lawatan Prestasi Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Pejabat Tanah Daerah Mersing

AHAD / 29 MEI 2022 / 29 SYAWAL 1443H

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor , YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan telah mengetuai delegasi lawatan prestasi ke Pejabat Tanah Daerah Mersing. YB Dato Haji Ashari Bin Kasnan telah diiringi oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Masni Bin Wakiman, Timbalan Pengarah Pendaftaran, Puan Hajah Zihan Binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Hanif Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon dan Ketua Penolong Pengarah Pelupusan, Kuatkuasa dan Teknikal En Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi Bin Abd. Gapar meyampaikan taklimat berkaitan isu – isu tanah seperti permohonan tanah dan permohonan tapak kediaman generasi ke dua Felda di daerah Mersing. Isu pembangunan tanah dan laporan prestasi bahagian pendaftaran serta prestasi kutipan cukai tanah bagi Pentadbiran Tanah Mersing juga turut di bentangkan dalam sesi taklimat ini. Lawatan Prestasi Pentadbiran Tanah Daerah Mersing merupakan destinasi daerah ke dua bagi sesi Lawatan Prestasi Pegarah Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Pentadbiran Tanah Johor.

YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan juga mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan pegawai dan warga kerja Pejabat Tanah Daerah Mersing .

Ubah bahasa »
Pentadbiran Tanah Johor