• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Tanah dan Galian Johor Tahun 2022

Pajabat Tanah dan Galian Johor (PTG Johor) melalui Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 pada 26 Mei 2022 bersamaan 25 Syawal 1443 Hijrah. Sambutan Hari Raya yang disambut secara sederhana oleh seluruh warga PTG Johor ini bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya, tetapi juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga PTG Johor.

Kemeriahan sambutan Aidilfitri ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor serta isteri iaitu Ydh. Datin Hajah Ruziah binti Mohamed. Turut sama memeriahkan majlis ini adalah Timbalan Pengarah Pembangunan, Timbalan Pengarah Pendaftaran, barisan Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah serta seluruh warga kerja PTG Johor.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,

Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,

Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.

Ubah bahasa »
Skip to content