• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Lawatan Prestasi Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Pejabat Tanah Daerah Muar

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan telah mengetuai delegasi lawatan prestasi ke Pejabat Tanah Daerah Muar. YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan telah diiringi oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Masni Bin Wakiman, Timbalan Pengarah Pendaftaran, Puan Hajah Zihan Binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Hanif Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon dan Ketua Penolong Pengarah Pelupusan, Kuatkuasa dan Teknikal En Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad dan Penolong-penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Lawatan dimulakan dengan sesi bersama Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin. Pegawai Daerah Muar berkesempatan menerangkan kepada delegasi lawatan berkenaan cara-cara membuat Em Mud Ball yang kemudianya akan dicampakkam ke dalam Sungai Muar bagi memelihara kelestarianya. Bandar Muar dipilih sebagai “Bandar Pelancongan Bersih Asean” bagi penggal tahun 2022-2024.

Pentadbir Tanah Daerah Muar, Encik Muhammad Helmi Bin Ya’kub meyampaikan taklimat berkaitan isu – isu tanah seperti permohonan tanah dan permohonan tapak kediaman generasi ke dua Felcra di daerah Muar. Isu pembangunan tanah dan laporan prestasi Bahagian Pendaftaran serta prestasi kutipan cukai tanah bagi Pentadbiran Tanah Muar juga turut dibentangkan dalam sesi taklimat ini. Lawatan Prestasi Pentadbiran Tanah Daerah Muar.

YB Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan dan juga delegasi lawatan dibawa ke tapak binaan bangunan sementara Pejabat Tanah Daerah Muar yang dijangkakan berpindah ke bangunan tersebut pada Julai 2022 bagi melihat perkembangan pembinaan dan pelan lantai bangunan tersebut.

Ubah bahasa »
Skip to content