Operasi Bersepadu Pemeriksaan Pengalihan Bahan Batuan
21 JUN 2022 | 21 Zulkaedah, 1443 | PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR (PENGUATKUASA)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor bersama Pejabat Tanah Kulai telah mengadakan operasi bersepadu pemeriksaan pengalihan bahan batuan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara di Jalan Sawah, bersebelahan Plaza Tol Kulai. Sebanyak 130 buah lori yang membawa bahan batuan telah diperiksa dan didapati kesemuanya mempunyai permit 4C Kanun Tanah Negara dan mematuhi syarat-syarat pengalihan bahan batuan yang dikeluarkan.