Kursus Keselamatan Kebakaran Teori Dan Praktikal
15 JUN 2022 | 15 Zulkaedah 1443H | PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR (KHIDMAT PENGURUSAN)
Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Tanah Dan Galian Johor dengan kerjasama Jabatan Bomba Malaysia Cawangan Iskandar Puteri telah mengadakan kursus Keselamatan Kebakaran Teori Dan Praktikal pada 15 Jun 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, PTG Johor.
Pegawai Bomba dari Cawangan Iskandar Puteri, Tuan Mohd Saifulizam bin Mohd Salleh beserta Tuan Mohamad Aliff bin Mohd Ali telah memberi taklimat kepada seramai 40 orang peserta yang terlibat berkenaan Kursus Keselamatan Kebakaran Teori Dan Praktikal di sepanjang hari tersebut.
Kursus berkenaan memberi pendedahan kepada peserta tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sediada di bangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.
Latihan simulasi kebakaran turut diadakan pada sebelah petang bagi memastikan setiap peserta mampu menempuh situasi merbahaya khususnya apabila berlakunya kebakaran di tempat kerja.