• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

PUSPANITA Cawangan Pejabat Tanah Dan Galian Johor Menziarahi Keluarga Allahyarham Ismail bin Saberah

22 JUN 2022 | 22 ZULKAEDAH 1443H

Pada hari ini, Ydh. Datin Hajah Ruziah binti Mohamed, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor telah meluangkan masa menziarahi balu Allahyarham Ismail bin Saberah serta 4 orang anak Allahyarham yang berusia antara 18 tahun hingga 6 tahun di rumah mereka. Allahyarham Ismail bin Saberah yang merupakan Pembantu Awam di Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal, PTG Johor telah meninggal dunia pada 25 Mei 2022 yang lalu akibat serangan jantung.

Turut hadir mengiringi Ydh. Datin Hajah Ruziah binti Mohamed serta mewakili pihak pengurusan Pejabat Tanah dan Galian Johor adalah Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan serta rakan-rakan kerja allahyarham.

Seluruh warga PTG Johor dan Pentadbiran Tanah Johor mendoakan agar roh Allahyarham Ismail bin Saberah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ubah bahasa ยป
Pentadbiran Tanah Johor