Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Tanah dan Galian Johor Bagi Tahun 2021
Johor Bahru, 30 Jun 2022
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Tanah dan Galian Johor Bagi Tahun 2021 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Penganugerahan APC ini merupakan satu medium untuk menghargai sebahagian daripada warga kerja PTG Johor yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan pencapaian luar biasa di sepanjang tahun 2021 yang lalu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 27 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2021 yang telah dipilih serta 3 penerima Cenderahati Penghargaan Perkhidmatan bagi 25 Tahun Perkhidmatan.
Turut diraikan dalam majlis yang sama adalah 3 orang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Johor yang telah bersara pada tahun 2022. Terima kasih di atas jasa, budi dan sumbangan yang telah dicurahkan disepanjang perkhidmatan.
Semoga pengiktirafan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga kerja PTG Johor untuk membuktikan keupayaan masing-masing dan seterusnya mewujudkan ekosistem pekerjaan yang positif dan cemerlang.