• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Majlis Khatam Al-Quran

9 APRIL 2023M | 18 RAMADAN 1444H

Pejabat Tanah BP dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Tanah Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran
Sempena mengimarahkan bulan Ramadhan bagi tahun 1443H. Program Tadarus Al-Quran ink telah berlangsung dengan jayanya menerusi
penglibatan seramai 122 orang kakitangan dan pegawai mulai 28 hingga 7 April 2023.
Majlis Khatam ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh peserta tadarus di bawah pimpinan Al Fadhil Ustaz Mohd Rasul Bin Isa, Pegawai
Pentaksir Al-Quran, Pejabat Kadi Batu Pahat. Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rasul Bin Isa mengenai
kepentingan membaca Al Quran. Beliau turut memimpin bacaan doa khatam Al-Quran pada akhir majlis.
Turut hadir ialah Encik Sharifulizan Bin Sharifuddin, Pentadbir Tanah Daerah, Puan Norazimah Binti Maaksom, Penolong Pentadbir Tanah
dan Daerah Kecil Rengit, Encik Muhamad Khairul Faiz Bin Mashod, Penolong Pentadbir Tanah Daerah, YM Raja Khoirul Amiirullah Bin Raja Leman,
Penolong Pentadbir Tanah Daerah dan Encik Mohamad Aili Elfiq Bin Rosli, Penolong Pentadbir Tanah Daerah. Program ini juga merupakan wadah
terbaik bukan sahaja untuk menggandakan amal ibadah di bulan mulia ini, malah juga untuk memperbaiki bacaan Al-Quran dan penguasaan ilmu tajwid.
Penaung kelab turut berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang terkesan sewaktu banjir melanda di daerah Batu Pahat baru-baru ini
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Rasul Bin Esa dan pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan
program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.

Ubah bahasa »
Skip to content