PTG JOHOR ANJUR MAJLIS KHATAM DAN TAZKIRAH RAMADAN
10 April 2023 (Isnin), Iskandar Puteri – Sempena bulan Ramadan 1444H, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor dan PUSPANITA PTG Johor menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bersama seluruh warga kerja PTG Johor.
Intipati majlis ini adalah bertadabbur di mana ia mengfokuskan penghayatan Ramadan dan pembudayaan Al-Quran.
Tazkirah Ramadan bertemakan Semarak Kasih Ramadan telah disampaikan oleh As Sheikh Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Batu Pahat.
Hadir dalam majlis tersebut, Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor, Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah Pendaftaran serta para pegawai dan anggota PTG Johor.