SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI MERIAHKAN PERSIAPAN RAYA WARGA PTG JOHOR
16 April 2023, (Ahad), Kota Iskandar – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor melalui Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PTG Johor telah memberikan sumbangan wang tunai dan kuih raya kepada 324 anggota yang berdaftar sebagai ahli KKR PTG Johor.
Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah dan Galian Johor selaku Penaung KKR PTG Johor.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.