Majlis Penyerahan Hakmilik Generasi Kedua Felda Tenggaroh 1, Mersing
Tarikh : 7 Januari 2024 | AHAD
Tempat : Dewan Semai Bakti, Felda Tenggaroh 1
Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah menjayakan majlis penyerahan Hakmilik Generasi Kedua Felda Tenggaroh 1, pada hari ini di Dewan Semai Bakti Felda Tenggaroh 1, Mersing.
Dalam majlis ini, YAB Menteri Besar Johor telah menyampaikan Hakmilik kepada 309 penerima generasi kedua Felda Tenggaroh 1.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan Dan Budaya Negeri Johor, Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd. Manap , Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Encik Mahadzir bin Mustafa, Timbalan Pengarah Besar Servis Korporat, Tuan Haji Saimin bin Tarikat, Ketua Peneroka Felda Tenggaroh 1, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Daerah Mersing, Pengurus-Pengurus Felda, Ketua-Ketua Peneroka Felda, Penghulu-Penghulu Mukim, Dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas kesudian hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hakmilik pada hari ini. Ucapan terima kasih jugak kepada Pejabat Tanah Dan Galian Johor kerana sama-sama turut serta bagi kaunter kutipan luar cukai tanah tahun 2024 serta semua pihak yang telah turut sama memberikan komitmen dan hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini.