MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR
15 Januari 2024 (Isnin), Kota Iskandar – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Tanah dan Galian Johor telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah dan Galian Johor yang mana dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah serta para pegawai PTG Johor.
Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengarah Tanah dan Galian Johor di antara Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan dengan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah (Pembangunan).
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali memulakan tugasnya sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor hari ini, manakala Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Kasnan akan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.