• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR TERIMA KEHADIRAN PENGARAH BAHARU

15 Januari 2024 (Isnin), Kota Iskandar – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor hari ini menerima kehadiran Pengarah Tanah dan Galian Johor baharu iaitu Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.

Ketibaan Pengarah Tanah dan Galian Johor telah disambut mesra oleh Timbalan-timbalan Pengarah serta para pegawai PTG Johor.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah turut meluangkan masa melawat ke setiap bahagian dan beramah mesra dengan warga kerga PTG Johor.

Seterusnya, beliau di bawa untuk melihat operasi di kaunter Pendaftaran, Aras 1 dan menyampaikan cenderahati kepada pembayar cukai yang bertuah.

Seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor mengucapkan Selamat Datang dan Tahniah kepada Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali di atas pelantikannya sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor. Semoga Pentadbiran Tanah Johor akan lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau.

Ubah bahasa »
Skip to content