MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH JOHOR BIL.1 TAHUN 2023
30 Mac 2023 (Khamis), Iskandar Puteri – Pada pagi ini telah berlangsung Mesyuarat Pentadbiran Tanah Johor Bil. 1 Tahun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah dan Galian Johor yang dipengerusikan oleh Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah Pembangunan, Pejabat Tanah dan Galian Johor.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan tanah di Negeri Johor selain menjadi medium utama perjumpaan para pegawai di Pentadbiran Tanah Johor bagi berkongsi ilmu dan idea-idea untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di Pentadbiran Tanah Johor.
Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Abdul Azim bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah Pendaftaran, Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah di Negeri Johor serta para pegawai kanan Pentadbiran Tanah Johor.