PROGRAM LAWATAN TARAWIKH PENTADBIR TANAH DAERAH SEGAMAT BERSAMA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DAERAH SEGAMAT TAHUN 2023M/1444H
29 MAC 2023 I RABU I MASJID AL-AZIM, JEMENTAH
Program lawatan tarawikh Pentadbir Tanah Daerah Segamat kali ini berkunjung ke lokasi kedua bagi tahun ini iaitu ke Masjid Al-Azim, Jementah, Mukim Jementah. Rombongan diketuai oleh Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari dengan diiringi oleh Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Ketua-Ketua Jabatan dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Semoga program ini dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim antara Pentadbiran Daerah dan Pentadbiran Mukim bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Salam Ramadan al-Mubarak.